Monday, 26 March 2012

Pemahaman Tentang FOREX

Apa Itu FOREX?

Mungkin anda selalu terdengar mengenai Forex dan selalu terlihat iklan-iklan mengenai Forex, tahukah anda Forex merupakan satu peluang keemasan perniagaan pelaburan online tanpa berjumpa orang ramai dan boleh dilakukan dirumah. FOREX merupakan singkatan nama bagi Foreign Exchange yang membawa maksud tukaran matawang. Pasaran Mata Wang(FOREX) atau Foreign Exchange ialah market komoditi yang paling terbesar sekali didunia ketika ini. 

Dianggarkan lebih $1 trillion (~1000 billion) urusniaga setiap hari dan ini menjadikan FOREX lebih 3 kali lebih besar dari mana-mana pasaran saham dunia. malahan apa yang didagangkan di NYSE ( New York Stock Exchange) hanyalah berjumlah USD25 bilion sehari. Boleh dikatakan , pasaran FOREX melibatkan jumlah lebih kurang 3 kali ganda lebih besar daripada pasaran stocks dan fuctures dunia. Hal ini menunjukkan betapa besar dan kuatnya dagangan tukaran mata wang.






Apa yang anda cari sebenarnya dalam forex adalah keuntungan. Anda untung apabila anda melakukan trading searah dengan pergerakan graph, sebaliknya anda rugi bila berlawanan. So anda kena bijak, samada perlu melakukan trade keatas atau kebawah kerana didalam forex, hanya 2 pilihan sahaja (atas atau bawah)...bunyinya mcm senang....hakikatnya memang ada yang mengatakan senang dan ada yang  mengatakan masih agak susah walaupun untuk meneka atau mentafsir hanya cuma salah satu dari dua arah. Tak tahu lah saya bagaimana sesetengah orang masih bijak mengena tikam nombor walaupun kebarangkalian untuk mengena sebenarnya adalah terlalu kecil disebabkan nilai bombor yang sangat banyak.


Contoh Profit Trading




Menariknya mengenai Online FOREX ini ialah urusniaganya dibuka 24 jam dan 5 hari seminggu (Isnin seawal 6 pagi sehingga sabtu seawal 6 pagi waktu Malaysia). Boleh dilakukan dimana saja, Rumah,Pejabat,Cyber Cafe, Starbuck,Tepi Pantai ...dan dimana-mana saja asal anda mempunya jaringan internet (broadband). Atas katil dan depan TV pun boleh. Tambah menarik lagi dengan banyaknya persaingan kini dari Broker-Broker, Urusniaga FOREX ini boleh dilakukan dengan modal permulaan serendah USD1. Dagangan Forex merupakan satu proses membeli salah satu mata wang dan menjual mata wang yang lain. Matawang ini didagangkan menerusi broker atau pengedar ( dealer) . Matawang ini didagangkan secara berpasang ( pair). 





Sebagai contoh British pound dan US dolar ( GBP/USD) atau US dolar dan Japanese Yen ( USD/JPY). Sehingga penghujung tahun 1990 , pasaran dagangan Forex hanya di jalankan oleh mereka yang mempunyai kedudukan dan pengangan kewangan yang istimewa. Ini disebabkan , keperluan asas bagi melakukan trading di dalam pasaran Forex adalah berjumlah 10 hingga 15 ribu USD . Pada asalnya, dagangan forex hanyalah dijalankan oleh institusi perbankan dan institusi – institusi yang besar. Bagaimanapun, pada masa kini kita amat beruntung kerana dengan berkembangnya teknologi dan penggunaan internet. Kini pasaran dagangan forex telah dibuka kepada sesiapa saja seperti saya dan anda semua. 





Forex Lebih Menarik Dari BSKL dan MLM

1. FOREX online 24 jam 5 hari seminggu. Sesuai untuk sesiapa yang pada siang hari bekerja atau malam bekerja kerana mereka punyai masa untuk trading. Tetapi BSKL hanya buka pukul 9 pagi sehingga 5 petang. So tidak sesuai untuk orang bekerja pada siang hari

2. FOREX- Pasaran jauh lebih cergas (aktif) berbanding BSKL

3. Pasaran Forex tidak tidak dikawal oleh mana-mana individu, badan persatuan atau pun negara.(Global). Tiada faktor politik

4. Forex tidak dipengaruhi oleh faktor ekonomi dunia kerana anda boleh membuat untung samada pada harga menurun atau pun menaik (Trading 2 arah). Sebaliknya BSKL hanya untung bila harga menaik (Trading 1 arah)

5. Forex- Urusan deposit atau withdraw paling cepat, hanya dalam masa tak lebih setengah jam menerusi "IB" yang dilantik untuk wakil di Malaysia

6. Forex tiada risiko bankrupt. Tiada pinjaman dibenarkan. Anda hanya bertrading setakat Balance atau Equity yang anda ada sahaja. Di BSKL anda diberikan pinjaman sehingga 3X ganda dari modal anda. Itu salah satu sebab terjadinya bankrupt bila menanggung kejatuhan yang amat teruk

7. Forex- Anda boleh bermula serendah USD1 dan bonus tambahan diberi USD30 bagi setiap akaun baru yang bermula dengan USD100 deposit

Note: Forex adalah legal (sah)...bukan seperti perniagaan internet yang lain. Ia telah wujud berpuluhan tahun dahulu. Bukan sayarikat Malaysia tetapi international "seluruh dunia". Bank kita pun main forex. Semua forex sama, yang membezakan hanyalah broker sahaja.



Tahukah anda pengiraan Profit @ Loss?

- Ianya sangat lah mudah dari segi konsep pemahaman. Mari saya jelaskan kepada anda



(Click page diatas untuk lihat saiz lebih besar)

Berdasarkan photo diatas, saya ingin menerangkan tentang Pair "GbpUsd". Jika anda lihat pada garisan merah yang saya buat adalah seperti berikut. pada tarikh "2010-05-21 / 11:45" anda dapati nilai pair tersebut berada pada nilai 1.4317. anda, saya atau sesiapa tidak tahu kedudukan grah selepas masa itu (akan datang). Setiap orang hanya boleh guess sahaja melalui fundamental analisis atau pun dengan menggunakan indicator.

Katakanlah pada tarikh dan masa "2010-05-21 / 11:45", anda melakukan open post "BUY".  dan pada tarikh dan masa "2010-05-21 / 15:45" anda menutup post tersebut, bermakna anda telah untung sebanyak 154 pip iaitu (474-317= 157, -spread,3 = 154 pip). Caj spread untuk GbpUsd adalah 3 setiap kali anda membuka trade buy ataupun sell.

Disini "BUY" bermaksud anda membuka post ke arah atas dan "SELL" bermaksud anda membuka post kebawah. Sekiranya anda memilih BUY dan seperti graph diatas anda untung. Sebaliknya jika pada masa seperti diatas anda membuka post dan menutup post, maka anda telah rugi (rugi 157 pip + spread,3 pip= 160 pip). Sebenarnya diforex anda boleh mebuka post bila2 masa dan menutupnya bila2 masa anda suka juga. Berlainan dengan BSKL, anda hanya untung jika graph menaik. Didalam forex tidak begitu, anda perlu betul menjangka, jika anda rasa graph turun anda perlu melakukan sell untuk memastikan anda untung. sebaliknya buy jika grpah menaik.

(Note: jangan tersilap tafsiran tentang maksud "buy" dan "sell" . Didalam forex, kedua-dua perkataan tersebut adalah bermaksud anda mengambil trade@ membuka post. kerana forex adalah trading 2 arah. Cuma "buy" membawa maksud trade kearah atas dan "sell" trade ke arah bawah. So untuk tutup post kita guna perkataan close post)...harap jangan keliru dengan perkataan beli dan jual

Tentang perkiraan nilai wang pula bergantung kepada volume/ lots yang anda gunakan. Seandainya anda menggunakan volume/lots USD1 bermaksud setiap pergerakan pip adalah bernilai USD1. So dalam kes diatas, jika anda betul, anda akan untung sebanyak USD154 = RM539 dan jika rugi USD160= RM560. Jika sebaliknya jika anda gunakan USD0.10, bermakna jika untung anda akan untung sebanyak USD15.40 dan jika rugi pula adalah USD16.00. Mudah sahaja pengiraan nya. anda mahu peluang untung besar maka risiko juga besar, anda mahu untung kecil maka risiko juga kecil. Jika anda bijak dan tidak tamak, gunakan sahaja volume/ lots kecil kerana ianya lebih selamat dan kurang risiko

Sebaik-baiknya modal yang digunakan haruslah boleh rolling sekurang kurangnya 1000pip. Bermaksud jika anda ingin guna volume/lots USD1 untuk trade anda, maka anda haruslah bermodalkan USD1000.00= RM3700, sebaliknya jika anda hanya bermodalkan USD100.00, eloklah menggunakan volume USD0.10 sahaja.


Sekian....harap anda faham dengan penjelasan yang saya nyatakan diatas.

Belajar memahami Pattern dan Candlestick Graft

1.Fahami konsep:




FOREX dilakukan secara “currency berpasangan” iaitu kita kenali sebagai “pair” sebagai contoh GbpUsdEurUsdUsdCad dan lain lain lagi . Yang mana Currency berada didepan menunjukkan kekuatan dan kelemahan secara direct dan currency yang berada dibelakang menunjukkan kekuatan dan kelemahan yang bertentangan

Sebagai contoh: apabila pair UsdCad turun, bererti USD lemah dan CAD strong (atau boleh dikatakan USD lemah dari CAD atau CAD lebih strong dari USD). Contoh kedua GbpUsd, Apabila pair GbpUsd turun, bermakna Gbp lemah dari Usd atau Usd lebih kuat dari Gbp.

2. FOREX adalah trading 2 arah:

Ianya tidak sama dengan BSKL atau mana2 stock didunia kerana pergerakannya adalah searah iaitu anda hanya untung apabila menaik sahaja. Tetapi FOREX tidak begitu. Anda harus melakukan trading kadang2 kearah atas atau kadang2 kebawah. Trading yang searah dengan pergerakan grah adalah untung, yang berlawan dengan pergerakan grah adalah rugi. Malah ianya run 5 hari seminggu (24 jam sehari)- Isinin hingga jumaat.

3.Cara trading FOREX

Terbahagi kepada dua iaitu samada fundamental atau pun technical..

(3a). Fundamental

Orang yang melakukan trading cara fundamental kebiasaan nya mengikuti perkembangan semasa eknomi, news, social dan politik. News yang baik atau good economy, akan memberi kesan yang positif kepada currency / matawang Negara tersebut, maka menyebabkan currency Negara tersebut akan naik/kuat. Sebagai contoh kpd pair“GBPUSD”apabila news USD keluar dan result econominya baik kpd currency tersebut, maka matawang usd akan naik. 

Ini juga bermakna currency USD lebih kuat dari GbpUsd. Maka pair tersebut akan turun dengan banyaknya. Sebaliknya..
Sebagai contoh kpd pair“USDCAD”apabila news USD keluar dan result econominya baik kpd currency tersebut, maka matawang usd akan naik. Bermakna pair tersebut akan naik dengan banyaknya

(3b). Technical

Orang yang melakukan trading secara technical pula banyak melakukan analisis samada cara pembacaan pergerakan graph, pembacaan pergerakan candle stick atau pembinaan garisan support dan resistance (Contohnya FIBO). Satu pesanan: anda perlu melakukan trading searah dengan trend semasa kerana ianya adalah kawan baik kepada keuntungan sesuatu trading. Jika anda melawan arah, anda risiko..


Terbahagi kepada 3 iaitu Line chart, Bar chart & Candlestick chart. Kebanyakan trader menggunakan candlestick, termasuk diri saya sendiri.

4a. Line chart


4b.Bar Chart




4c.CandleStick Chart


5: Pembelajaran tentang Candlestick detail

(5a).Japanese CandleStick.

Candlestick perlu difahami dimana Open price, Close price, High price and Low price.


(5b). Sexy Bodies:

Dengan kata lain Buy juga dikenali dengan word “long” dan Sell sebagai “short” . Body candle stick yang panjang akan menunjukkan kekuatan (BUY) atau kelemahan (SELL) yang besar manakala body yang kecil menunjukkan kekuatan dan kelemahan yang kecil.


(5c). Mysterious Shadow

(Long Upper Shadow dan Long lower Shadow) memberi klu kepada anda sebenarnya tentang sesuatu kekuatan atau kelemahan pergerakan graph


(5d). Basic CandleStick Pattern:

(5d1). Spinning Top

Mengenali pattern apabila anda menjumpai dimana Long Upper Shadow, Long Lower Shadow dan Body yang kecil.


Sekiranya terjadi spinning top pada arah menaik, memungkinkan bahawa sudah ramai buyer close trade dan kemungkinan reversal kearah sell mungkin terjadi. Begitu sebaliknya jika ia berlaku kearah menurun.

(5d2): Marubozu:

Adalah candlestick yang takder kaki ataupun takder upper shadow mahupun  lower shadow. Ianya menunjukkan kekuatan sebenar samada menaik atau menurun.


(5d3): Doji

Terjadi apabila price struggle melawan samada ingin terus naik atau turun. Keadaan nya terjadi apabila open price sama dengan close price. Doji terdapat jenis yang berbeza beza spt dibawah



Sekiranya Doji berlaku selepas beberapa candle with long hollow bodies, besar kemungkinan graph akan reversal.(akan menurun)


Sekiranya Doji berlaku selepas beberapa candle with long filled bodies, besar kemungkinan graph akan reversal (akan menaik)


6: Reversal pattern:

Bullish reversals akan memungkinkan downtrend dan bearish memungkinkan uptrend. Ianya boleh confirmkan dengan menggunakan beberapa kaedah seperti trend lines, moving averages, technical analysis spt FIBO

6a.Hammer and Hanging Man

The hammer and hanging man kelihatan hampir sama namun ianya memberi makna pergerakan yang berbeza. Anda perlu tentukan perbezaannya


Namun, jika anda lihat situasi hammer jangan gaduh nak taruh buy, tunggu next candle bagi signal. Pastikan close price next candle tu lebih tinggi dari open price hammer. Kalau tak jgn masuk. Untuk mengkompem kan lagi, anda perlu pastikan next candle tu.
  • The long shadow 2atau3 kali lebih besar dari body
  • Sikit atau takder lansung upper shadow.
  • Body berada disebelah atas tak kisah samada color apa pon.
Begitulah juga untuk kes hanging man sebaliknya.

6b.Inverted Hammer and Shooting Star

Kedua dua jenis pattern diatas member gambaran long upper shadow dan ianya member pattern reverse yang berbeza



Namun begitu, anda juga perlu tunggu next candle untuk komperm kannyer.
-->

7. Support and Resistance


(7a).Support and resistance

Adalah yang paling meluas digunakan oleh trader. Contohnya seperti line chart dibawah, anda boleh kenali pattern zig zag yang terjadi adalah “bull market”. Garph didapati terus menaik tanpa melintasi support bawah yang bina terdahulu


Support and resistance juga boleh dibina untuk candle stick chart. Contohnya adalah seperti dibawah..dimana tempat terakhir yang dipijak kemudian “RELAX” dikenali resistance. Dimasa inilah anda perlu mengkaji pattern candle samada ada atau tidak unsur2 untuk berlakunya reversal. Sila perhatikan pembelajaran yang terdahulu tentang corak candle


Kebiasaannya Line chart lebih senang dalam pembinaan support dan resistance kerana ianya hanya menunjukkan open and close price sahaja. Pembinaan nya tidak memerlukan low price or high price


                           

Konsepnya, apabila market price melepasi resistance level sebelumnya, maka resistance tersebut bertukar menjadi support. Ianya dapat dibuktikan apabila beberapa kali price cuba heat line tersebut

7b. Trend Lines

Trend lines juga merupakan satu pembinaan support dan resistance yang disukai oleh ramai trader. Cuma masalahnya ramai oraang melakukan nya dengan cara yang tidak betul. Boleh dikatakan teknik juga sebahagian teknikal analisis


(7c). Channel

Selain itu ramai juga trader yang menggunakan channel dimana pembinaan garis mengikut sudut/angle pergerakan graph. Ianya dibina berdasarkan titik poit teratasa dibahagian atas dan titik point paling bawah dibahagian bawah. Lihat contoh dibawah.



8. Fibonacci:

Adalah suatu pembinaan garis support dan resistance juga berdasarkan nilai dibawah. Sangat ramai trader yang menggunakan teknik fibo. Mereka menggunakan fibo untuk mencari reverse, Take profit dan juga mungkin stop loss. 

Fibonacci Retracement Levels

23.6, 38.2, 61.8, 100, 161.8, 261.8, 423.6....yang strong dan perlu diambil perhatian adalah 38.2, 61.8, 100, 161.8, 261.8.....Kemungkinan berlaku reversal di point tersebut

8a.Fibonacci Retracement

Adalah levels sebagai support and resistance levels. Disebabkan terlalu ramai yang menggunakannnya maka ianya boleh dikatakan SnR yang paling valid didunia. Pembinaannya, anda perlu buka graph D1 dan pattern/trend. Buat 2-3 atau lbh fibo trend atas dan trend kebawah. Yang mana trend keatas, tarik fibo dari bawah ke atas....dan yang mana trend ke bawah, tarik fibo dari atas ke bawah.





Kebiasaannya 0.382 adalah level yang sangat kukuh, sekiranya candle dpt menembusi dan close dibawah point ini maka boleh dikatakan ianya akan terus menuju ke 61.8. Namun jika didapati beberapa kali candle menghentam 61.8 dan tak lepas, bermakna kemungkinan besar candle akan patah balik/reverse.

Belajar Menggunakan Platform Forex

Salam kepada semua sahabat Newbie yang baru nak belajar selok belok tentang forex especially tentang penggunaan platform MT4. So dibawah ni saya telah sertakan semua langkah2 yang di perlukan. anda boleh lah lihat/belajar step by step. Kalau anda rasa ianya kecil dan kurang jelas, boleh lah download terus semua tu dalam satu .pdf file seperti link ini :




(http://www.4shared.com/document/nSvGBwAK/Ebook-panduan_New_Comer-MetaTr.html)

Sunday, 18 March 2012

Download Platform InstaForex

Disini saya sertakan beberapa link yang akan membantu anda install platform atau terminal instaforex.


Trading Terminal - version for Windows

Trading Terminal InstaTrader for PC (Personal Computer) allows you not only to execute transactions on the Forex market using InstaForex, but also to obtain market quotes in terms of basic currency pairs, crosses and also worldwide stock indexes, and company news and overviews.

Download Mobile Trading Terminal

Mobile Trading terminal allows you to control your accounts by the PDA (Personal Digital Assistant) or smartphone. This terminal offers the same full function package as it does Trading terminal for personal computer however does not restrain you in space.

Mobile version for iPhone and iPad

Mobile version for Android

Mobile version for Blackberry

ATTENTION! Before you start installing InstaTrader terminal on Blackberry, make sure that your phone has WiFi or TCP Cellular connection types. Online data transfer is not supported by BISB connection type and at launching the platform "Failed to connect to the server" error message may appear.

MultiTerminal

Multiterminal allows you to work with several trading accounts in InstaForex at the same time, managing them in one terminal. Multiterminal is an ideal trading instrument for traders who attract investments and trade at their clients' accounts.(Account Management)

Forex rates viewer